Polis akan menyiasat insiden pertengkaran mulut antara sekumpulan nelayan tempatan dan Coast Guard Singapore.- Gambag ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Singapura (SPF) mendakwa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh sekumpulan nelayan yang bertengkar dengan Polis Pengawal Pantai (PCG) adalah tidak benar.

Menjelaskan perkara itu, SPF berkata, pada 23 Oktober 2022, kira-kira jam 4 petang, pegawai PCG sedang membuat rondaan di Perairan Wilayah Singapura, apabila mereka ternampak sekumpulan kapal nelayan Malaysia memasuki dan keluar dari kawasan tembakan langsung perairan itu di luar Lum Chu Kang.

Kapal yang tidak dibenarkan dilarang sama sekali memasuki kawasan tembakan langsung, demi keselamatan mereka sendiri.

Pegawai PCG itu mendekati kapal nelayan Malaysia dan menggunakan sistem siaraya di bot PCG untuk menasihati mereka supaya meninggalkan kawasan tersebut.

Pada kira-kira jam 5.28 petang, beberapa kapal nelayan Malaysia mendekati pegawai PCG dan anak kapal mereka melahirkan rasa tidak puas hati apabila diminta meninggalkan kawasan itu.

”Pegawai kami menjelaskan bahawa kapal yang tidak dibenarkan dilarang memasuki kawasan itu dan meminta mereka beredar untuk keselamatan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini selepas ambil maklum dakwaan sekumpulan nelayan telah dihalau oleh PCG.

Tambahnya, selepas pertengkaran berlaku di perairan Singapura , kapal nelayan kembali ke Perairan Wilayah Malaysia kira-kira jam 5.37 petang.

Tambahnya, pertengkaran tersebut juga berlaku sepenuhnya di perairan Singapura. – MalaysiaGazette

Polis siasat insiden nelayan bertengkar dengan Coast Guard Singapura

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast