Kesemua kru penggambaran yang terperangkap di Gua Tempurung, Perak berjaya diselamatkan hari ini.

GOPENG – Kira-kira 30 individu kru penggambaran filem yang dilaporkan terperangkap dalam Gua Tempurung di sini, selepas laluan keluar gua itu dinaiki air disebabkan hujan lebat hari ini berjaya diselamatkan.

Kesemua mereka diselamatkan jam 6.10 petang tadi selepas dilaporkan teperangkap hampir tiga jam.

Mereka yang terdiri daripada kru penggambaran tempatan serta Singapura itu diselamatkan polis dengan bantuan pihak bomba.

Terdahulu, 30 kru penggambaran itu dikatakan terperangkap apabila air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast