Rakaman CCTV menunjukkan n seorang lelaki cuba memecah mesin ATM di Wangsa Melawati [ada 24 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki diberkas selepas cuba memecahkan mesin ATM di sebuah bank di Wangsa Melawati, dekat sini, Isnin lalu

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah berkata, mesin tersebut terdapat kesan terbakar dipercayai cubaan menebuk lubang untuk mencuri wang dalam mesin tersebut.

Menurutnya, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibat suspek telah masuk dan membakar mesin berkenaan menggunakan tong bahan api namun cubaannya gagal.

Katanya, berdasarkan risikan polis berjaya menahan suspek berusia 25 tahun yang merupakan suspek utama kes ini pada pukul 12.45 malam tadi.

“Kita turut berjaya merampas barang kes seperti pakaian, tong bahan api dan kenderaan yang digunakan oleh suspek semasa kejadian,” tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) dan Seskyen 380/511 Kanun Keseksaan (cuba curi). – MalaysiaGazette