KUALA LUMPUR – Maju Expressway (MEX) akan melaksanakan laluan kontra pada 1 November dari KM11.5 sehingga KM8.8 arah Utara arah Putrajaya menghala Kuala Lumpur.
Pembukaan laluan kontra berkenaan akan melancarkan aliran trafik untuk semua pengguna lebuh raya tersebut.
“Ia akan dibuka untuk kenderaan ringan dari arah Putrajaya dan Seri Kembangan menuju ke pusat bandar KL,” kata MEX menerusi kenyataan.
Laluan kontra tersebut akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 7 hingga 9 pagi.
“Laluan kontra ini dijangka mengurangkan masa perjalanan dan memberi manfaat kepada pengguna semasa waktu puncak,” tambahnya.
Pengguna lebuh raya itu boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai lorong kontra termasuk laporan trafik harian menerisi akaun MEXTraffic di Twitter, Facebokk MEX Traffic dan Helpline. – MalaysiaGazette