Logo Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

KUANTAN- Dua wanita maut akibat tersepit dalam kenderaan setelah terbabit dalam nahas kemalangan di Kilometer 41 Lebuhraya Karak – Genting Sempah menghala ke Bentong, hari ini.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kedua-dua mangsa yang maut itu menaiki Honda City.

Manakala tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Bentong bagi menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Zulfadli, seramai lapan anggota Bomba dari Balai Bomba Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamat dalam insiden 1.14 pagi tadi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast