Zulhazmi Shariff

SUNGAI PETANI – Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff akan diumumkan sebagai calon tunggal DAP yang akan bertanding Kedah.

Bekas Exco Dewan Pemuda Pas Pusat itu dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Jerai.

MalaysiaGazette difahamkan ini merupakan pencalonan sulung Zulhazmi di peringkat Parlimen.

Pengumuman calon tunggal DAP itu akan diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada Majlis Pengisytiharan Calon PH peringkat Kedah yang kini sedang berlangsung di Padang Awam Laguna Merbok.

Semalam Presiden Parti Keadilan Rakyat mengumumkan calon PKR yang akan mewakili PH di negeri Kedah.

Seramai sembilan calon dipertaruhkan PKR di Kedah pada PRU15 ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast