Suasana tempat mengumpul data di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) yang telah memulakan operasi pada 25 Februari 2022 ketika sesi taklimat dan Lawatan Khas Media ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,189 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam berbanding 3,296 kelmarin.

Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di negara ini sebanyak 4,8585,576.

Semalam, sebanyak satu kes kematian direkodkan, menjadikan kes keseluruhan 36,464, menurut portal KKMNOW.

Kes aktif pula sebanyak 30,702 dengan 29,330 dikuarantin di rumah.

Jumlah pesakit dirawat di hospital sebanyak 1,312 dengan 60 di tempatkan di unit rawatan rapi termasuk 34 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan dalam tempoh yang sama sebanyak 2,541. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast