Anthony Loke bersama calon-calon kerusi Parlimen Pulau Pinang yang bertanding pada PRU15.

GEORGE TOWN – Pengerusi Lim Guan Eng mempertahankan kerusi Parlimen Bagan yang disandang manakala Ketua Menteri Pulau Pinang dipertaruhkan untuk kerusi Batu Kawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada Majlis Pelancaran Konvoi Harapan PRU15 di Persiaran Karpal Singh di sini, hari ini.

Menerusi pengumuman itu, dua calon wanita termasuk adik Guan Eng iaitu Lim Hui Ying diumumkan calon Parlimen Tanjong manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid pula calon bagi kerusi Bukit Bendera.

Menurut Anthony Loke, parti DAP sebulat suara mengekalkan penyandang bagi tiga lagi kerusi membabitkan Parlimen Jelutong, Bukit Gelugor serta Bukit Mertajam pada PRU ini.

“RSN Rayer kekal di Jelutong, Ram Karpal Singh (Bukit Gelugor) manakala Steven Sim (Bukit Mertajam,” katanya pada majlis itu.

Pada majlis sama Anthony Loke turut merakamkan penghargaan kepada penyandang kerusi Batu Kawan, Kasthuri Patto serta Bukit Bendera, Wong Hon Wai yang memberi laluan kepada calon baharu untuk berentap di kerusi  berkenaan. – MalaysiaGazette