Mohd Zaiham Mohd Kahar

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki berhubung kes penipuan pakej perkhawinan di Bentong dekat sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu pejabat Polis Daerah Bentong.

“Pada 28 Oktober 2022, lebih kurang pukul 9.30 malam bertindak atas maklumat, seorang lelaki warganegara tempatan berusia 28 tahun di Hentian Plaza Tol Bentong arah Barat bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan pakej perkahwinan di Bentong.

“Tangkapan suspek utama dalam kes ini melibatkan tiga kertas siasatan yang disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Zaiham mengikut peruntukan undang-undang sekiranya didapati bersalah hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda.

Manakala reman terhadap suspek telah diperolehi selama empat hari bermula 29 Oktober 2022 sehingga 1 November ini.

Mohd Zaiham mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama masyarakat yang menyalurkan maklumat berkaitan kes sehingga suspek berjaya ditahan.

Terdahulu pada 24 Oktober lalu, media melaporkan sepasang bakal pengantin dilaporkan mengalami kerugian pakej perkahwinan sebanyak RM20,900. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast