Dr Mohd Yadzil Yaakub

MELAKA – Tindakan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini kerana kecewa tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat bersifat peribadi.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, keputusannya bekas Naib Presiden Bersatu itu juga tidak melibatkan jawatankuasa bahagian dan sayap bahagian Tangga Batu yang masih kekal komited bersama Bersatu.

“Bersatu Negeri Melaka mengambil maklum atas peletakkan semua jawatan dan keahlian Bersatu Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen berkuatkuasa serta merta seperti yang diumumkannya hari ini.

“Kenyataan beliau bersifat peribadi dan tidak melibatkan jawatankuasa bahagian dan sayap bahagian Tangga Batu yang masih kekal komited bersama Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Dr Yadzil yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka berkata, Bersatu Melaka akan terus kukuh menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi PN.

“Kami semua ahli Bersatu Melaka kekal komited mempersiapkan jentera PN dalam menghadapi PRU15 dan berikrar untuk terus bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan PN menang waima siapa pun calon yang akan dinamakan pihak pusat dalam masa terdekat.

“Bersatu Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Wira Mohd Rafiq atas segala jasa yang telah dicurahkan dan semoga beliau terus maju jaya,” katanya.

Petang tadi, Mohd Rafiq dalam satu sidang media tergempar mengumumkan keluar parti, sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam Bersatu yang disertainya sejak 2016 berkuatkuasa serta merta.

Tindakannya itu, menurut bekas Pengerusi PN Melaka itu susulan namanya tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Tangga Batu pada PRU15 walaupun pada peringkat awal pucuk pimpinan parti memaklumkan beliau sebagai calon di kerusi berkenaan.

Surat rasmi peletakan jawatan juga sudah diserahkan kepada Muhyiddin beberapa hari lalu. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Haaa..parti paling lawak..mana ada parti yg Naib Presiden tak diberikan kerusi? Lepas tu hantar plak ke Bagan Datuk? Haaa..tu nak kerat kepala namanya…patut suruh Muhyidin bertanding kat Bagan Datuk..tak pun kan Pekan..kalau ada telor laaa…pundekkk punya Abah cow..

Comments are closed.