KUALA LUMPUR – DELUX Holdings (M) Sdn Bhd (DELUX), salah satu pengeluar pintu pagar automatik dan sekuriti terkemuka di Asia Tenggara telah membuka bilik pamerannya di Johor Bahru, Johor yang merupakan bilik pameran terbesar untuk pintu pagar automatik dan pintu sekuriti di selatan Malaysia.
Bilik pameran yang terletak di Taman Ekoperniagaan itu berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelanggan melihat dan merasai rangkaian produk DELUX dan ciri-cirinya dengan lebih baik.
Pengasas DELUX, Datuk Dylan Chui Saig Herg berkata, bagi meraihkan pembukaan itu, pihaknya menawarkan promosi istimewa untuk 80 pelanggan pertama untuk menikmati 40 peratus potongan pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan potongan 30 peratus untuk pintu sekuriti aluminium.
Beliau gembira atas pembukaan bilik pameran terbesar itu yang membawa produk dan perkhidmatan syarikat lebih dekat dengan pelanggan terutamanya di Johor.
“Kami percaya pembukaan bilik pameran kontemporari ini tepat pada masanya dalam usaha membantu pelanggan kami memenuhi impian mereka untuk membina rumah yang lebih baik dan selamat. Ia juga memberi kami peluang untuk menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik secara peribadi.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus meningkatkan kehadiran kami di dalam dan luar talian dan salah satu rancangan adalah untuk melancarkan bilik pameran pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti aluminium yang terbesar di Malaysia pada tahun 2023 dan kami tidak sabar untuk melihatnya menjadi kenyataan.
“Kami jua akan terus mengkaji dan menghasilkan produk serta reka bentuk baru pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Bilik pameran Johor terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk Kawasan Paparan Contoh yang mempamerkan sehingga enam set pintu pagar automatik aluminium tanpa trek yang tersedia dalam empat panel, enam panel dengan spesifikasi berbeza serta 10 set pintu sekuriti aluminium, pintu tersedia dalam satu panel, satu setengah dan dua panel selebar lapan kaki atau 2.4 meter.
Ia juga dilengkapi dengan kawasan permainan kanak-kanak sementara orang dewasa berpeluang mencari produk yang sesuai untuk kediaman mereka yang indah.
Selain Kawasan Perbincangan dan Kawasan Dinding Honor, terdapat juga Sudut Testimoni untuk bantu pengunjung mengetahui pengalaman pelanggan lain setelah memilih produk DELUX terutamanya servis sebelum dan selepas pembelian.
Dylan menambah, selain pembukaan bilik pameran, DELUX telah melancarkan logo baharu untuk meningkat dan mengukuh semula identiti jenamanya kerana reka bentuk produk mereka sering menjadi mangsa plagiarisme walaupun memiliki hak harta intelek.
Beliau berkata, direka bentuk agar lebih mudah diingati dan dikenali, logo baharu itu menandakan DELUX sebagai “The One” yang menyediakan gabungan ajaib kemewahan dan peningkatan status.
“Ia digabungkan ke dalam reka bentuk dan penjenamaan DELUX yang menunjukkan kesungguhan kami dalam inovasi yag telah berjaya mencipta banyak rekod pertama terutamanya dalam teknologi dan reka bentuk kami.
“DELUX sentiasa menyasarkan untuk memberikan kualiti tertinggi dalam produk, perkhidmatan dan hasilnya,” katanya.
DELUX sebelum ini meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan, kini telah memiliki sejumlah empat penyertaan dalam Malaysia Book Of Record. – MalaysiaGazette