NEW YORK – Harga minyak mentah merosot pada Isnin dipengaruhi oleh pengukuhan dolar Amerika, lapor Xinhua.
West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember turun US$1.37 atau hampir 1.6 peratus untuk ditutup pada US$86.53 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember menyusut 94 sen atau satu peratus untuk ditutup pada US$94.83 setong di Bursa Hadapan ICE London.
Mata wang Amerika meningkat dengan ketara kerana peserta pasaran menjangkakan satu lagi kenaikan besar kadar Rizab Persekutuan lewat minggu ini.
Meskipun kerugian pada Isnin, harga minyak tetap mencatatkan keuntungan untuk bulan itu, sebahagiannya dirangsang oleh keputusan pemotongan pengeluaran diumumkan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya atau dikenali OPEC+.
Bagi Oktober, WTI meningkat 8.9 peratus manakala Brent meningkat 7.8 peratus, menurut Data Pasaran Dow Jones. – BERNAMA