Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Parti terbesar masyarakat India, MIC dipercayai kemungkinan besar akan menarik diri dari bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) ini.

Sumber mendedahkan satu mesyuarat tergempar oleh Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC akan diadakan pagi esok untuk membincangkan isu berkenaan secara lebih mendalam.

“Saya difahamkan seandainya ada calon MIC yang mahu bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) (parti akan bincang) namun rasanya kepimpinan tertinggi tidak akan bertanding. Apa pun, kita akan tahu dalam beberapa jam lagi,” kata sumber.

Bagaimanapun isu sebenar mengenai mesyuarat berkenaan dapat dikenal pasti.

Difahamkan, sebanyak 10 kerusi Parlimen akan ditandingi oleh MIC dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) namun keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada malam ini.

MalaysiaGazette turut melihat jemputan mesyuarat tergempar tersebut yang telah menyatakan pertemuan itu di Ibu Pejabat MIC, Jalan Rahmat di Kuala Lumpur pukul 10 pagi.

Jemputan itu telah dihantar oleh Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran.

MalaysiaGazette sedang cuba menghubungi kepimpinan tertinggi bagi mendapatkan pengesahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast