IPOH – MIC masih lagi belum menyerahkan nama-nama calon yang bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Disebabkan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Saarani Mohamad tidak dapat mengumumkan empat nama calon mewakili kerusi Aulong, Sungkai, Sungkai dan Buntong.
Bercakap kepada pemberita ketika sidang media, kata Saarani yang juga Menteri Besar Perak, pihaknya masih menunggu nama-nama calon yang dipersetui oleh parti itu.
“Untuk kerusi Aulong, dahulunya kerusi Gerakan. Kini kita tunggu kepimpinan tertinggi buat keputusan siapakah calon yang akan bertanding di kerusi tersebut.
“Bagi tiga kali kerusi iaitu Sungkai, Buntong dan Jelapang, kita sedang tunggu. MIC belum beri nama kepada saya. Bagi peringkat Parlimen yang bertanding di Perak sudah diumum semalam.
“Saya akan umum sejurus selepas MIC menghantar nama-nama itu,” katanya selepas majlis pengumuman calon BN Perak bagi PRU-15 di Hotel Casuarina di sini hari ini.
Dalam pada itu, Saarani bertegas, setiap kerusi akan ditandingi oleh BN tidak kira apa yang berlaku.
“BN akan tanding semua kerusi. Lambang BN perlu berada di mana-mana. Tidak ada mana-mana kerusi kosong,” ujarnya.
Semalam Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran membuat kejutan apabila mengumumkan parti itu sedang berkira-kira untuk tidak bertanding pada PRU-15 kali ekoran daripada pengagihan kerusi tertentu milik parti itu.
Ketika ini, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC sedang berlangsung dengan dipengerusikan Vigneswaran di ibu pejabatanya di Jalan Rahmat Kuala Lumpur membincangkan keputusan tersebut.
Pada masa sama, pengamatan MalaysiaGazette mendapati majlis pengumuman calon BN Perak juga tidak dihadiri oleh pemimpin MIC. – alaysiaGazette