Sabaruddin mengesahkan akan bertanding atas tiket bebas di Parlimen Balik Pulau.

GEORGE TOWN – Presiden Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Datuk Seri Sabaruddin Ahmad menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sabaruddin, 49, berkata, keputusan itu diambil susulan tiada sebarang pembangunan dibuat di Balik Pulau meskipun kerusi Parlimen kawasan terbabit pernah disandang calon mewakili kerajaan serta pembangkang.

Anak jati Balik Pulau itu turut menyifatkan keputusannya untuk ke pentas politik itu dibuat kerana ingin berbakti kepada rakyat di Parlimen berkenaan.

“Keputusan tersebut bukan dibuat secara terburu-buru atau didalangi mana-mana pihak namun atas ingin memenuhi kehendak rakyat di kawasan tersebut yang sudah masak dengan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

 

Sabaruddin ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

“Setiap kali saya bertemu orang ramai di tempat awam, kebanyakan mereka meminta saya bertanding pilihan raya dan membuatkan saya terpanggil untuk berentap dalam dunia politik.

“Apabila rakyat sukakan kita, adalah rugi jika tidak mengambil peluang ini dalam keadaan tiada parti yang mempunyai dua pertiga untuk memerintah negara,” katanya kepada MalaysiaGazette

Sabaruddin berkata, berdasarkan situasi semasa, beliau melihat persefahaman parti lain yang bakal bertanding pada PRU15 juga tidak mempunyai kekuatan, sekali gus membuka ruang untuk beliau bertanding pada PRU.

“Kita nak bawa suara penduduk Balik Pulau ke Dewan Rakyat demi kesejahteraan sejagat,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast