kluster gantung mohd puad zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi yakin akar umbi UMNO akan setia dengan keputusan parti walaupun ada pihak yang mengancam ‘malapetaka besar akan berlaku’ dengan pengguguran beberapa nama heavyweight.

Beliau berkata, mereka yang digugurkan boleh melahirkan rasa tak puas hati seperti anjing menyalak bukit.

Tetapi, katanya, mereka jangan lupa akar umbi UMNO yang menentukan keputusan pada akhirnya.

Sebaliknya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendakwa, mengekalkan segelintir mereka yang didakwa keras kepala itu adalah malapetaka kepada parti.

Ini kerana, mereka yang terlibat tidak patuh pada keputusan parti dan menjadi bebanan yang mengkucar-kacirkan parti.

”Lebih baik mereka digugurkan. Sikap mereka jadi senjata kepada pihak lawan menghina parti. Ia menyakitkan hati ahli UMNO.

”Biar mereka direhatkan dulu,” katanya yang mengulas pengguguran nama-nama besar pemimpin UMNO sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15.

Antara yang digugurkan ialah Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Adham Baba, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Halimah Sadique. – MalaysiaGazette