Yang dipilih sebagai calon tentulah gembira, tetapi bagaimana dengan yang tidak dipilih?

IPOH – Menyedari bukan anak tempatan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang akan bertanding di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yakin dapat menambat hati pengundi.

Ketua Pemuda UMNO berkata, beliau yakin diterima masyarakat setempat memandangkan memiliki jiwa dan perjuangan untuk membela nasib mereka.

“Tak kenal maka tak cinta. Saya berdoa kepada Allah yang maha berkuasa menjaga hati-hati manusia, mudah-mudahan.

“Saya hanya manusia biasa yang cuba menawarkan diri atas amanah dan mandat yang diberikan pucuk pimpinan BN. Insya-Allah bagi orang Perak terutama rakyat Gerik ini, yang paling penting adalah wakili BN,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Sebagai bakal pemimpin yang baharu masuk padang, Asyraf Wajdi tekad untuk melakukan yang terbaik.

Reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selepas Pengumuman calon Pilihan Raya Umum ke-15 Barisan Nasional Perak ketika di Hotel Casuarina, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 02 NOVEMBER 2022.

Pada PRU14, Asyraf Wajdi yang bertanding di kerusi Parlimen Pasir Putih, tewas dengan majoriti 1,360 undi di tangan calon Pas, Datuk Nik Zawawi Salleh.

Kerusi Gerik kosong sejak November 2020 berikutan penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast