Timbalan Penerangan 1 PKR, Datuk Ramanan Ramakrishnan berucap pada Perhimpunan Bersama Masyarakat India di IDCC Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan  terkejut dengan laporan media pagi ini kononnya beliau sengaja ‘melarikan diri’ daripada media.

“Saya cakap sini ya, waktu perjalanan saya agak ketat, tapi tidak logik langsung dengan laporan pagi ini kononnya saya telah lari media. Adakah media-media itu cuba hubungi saya jika saya balik awal dari program semalam?

“Mengapa buat kesimpulan sendiri, adakah wartawan itu sebelum menulis artikel itu cuba menghubungi saya? Telefon saya ini buka 24 jam, tidak betul penulisan seperti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Lagi pun, menurut Ramanan, pada program majlis pengenalan calon-calon PH yang bercakap dalam sidang media selepas itu adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Itu bukan sidang media saya yang mana saya ‘lari’ tinggalkan pemberita separuh jalan. Adil sikitlah pada saya.

“Saya rasa tuduhan seperti ini dan membuat kesimpulan sesuka hati adalah tidak baik, saya sentiasa berkomunikasi dengan media dengan begitu baik sekali malah jawatan saya adalah Timbalan Ketua Penerangan I PKR, saya banyak kawan media,” katanya.

Ramanan mengulas laporan MalaysiaGazette yang mendakwa beliau menghilangkan diri sebaik sahaja menghadiri majlis pengenalan calon di sini malam ini.

Kata Ramanan lagi, jadual untuk beliau sungguh ketat sehingga menyebabkan dirinya terpaksa berkejar masa dengan program parti dan juga pertemuan-pertemuan dengan penduduk setempat Sungai Buloh.

“Semalam dari pagi, program manifesto PH kemudian saya menghadiri beberapa mesyuarat selang seli kemudian saya ke kediamaan rasmi Menteri Besar untuk perjumpaan khas calon-calon di Selangor kemudian ke majlis pengenalan calon PH dan akhir sekali kembali ke Sungai Buloh kerana sudah ada aturan mesyuarat.

“Langsung tidak timbul soal saya lari, jika hendak bercakap dengan saya boleh sahaja dekati saya atau menghubungi telefon saya. Saya sentiasa jawab. Apa motif artikel seperti ini ditulis? Kamu sendiri dengar dalam sidang media, keputusan berkaitan calon di Sungai Buloh oleh Datuk Amirudin.

“Mengapa saya perlu tunggu di sidang media yang bukan di anjurkan oleh saya, saya tunggu wartawan datang mengerumun saya? Saya bukan gila publisiti. Saya tidak perlu wartawan dan media buat soal jawab seperti ini.

“Saya mahu kita bercakap tentang pembangunan kawasan Sungai Buloh, tentang infrastruktur di Sungai Buloh dan isu-isu masyarakat. Sampai bila kita hendak buang masa cakap perkara-perkara seperti ini? Cukuplah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu kerusi Sg Buloh: Ramanan menghilangkan diri, elak temui media

MGNews: PH Kekal Calon Di Sungai Buloh

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast