Gambar hiasan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hadiah sehingga AS$5 juta bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan seorang warga Singapura yang disyaki terlibat dalam pemindahan minyak dan barangan mewah secara haram ke Korea Utara.

Warga Singapura yang dikenali Kwek Kee Seng adalah pengarah agensi perkapalan yang berpangkalan di republik itu disyaki terlibat dengan satu ‘skim meluas’ yang mengelak sekatan terhadap Korea Utara yang dilaksanakan AS dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Timbalan Penolong Setiausaha dan Penolong Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik untuk Penyiasatan dan Analisis Ancaman, Paul Houston.

“Seperti didakwa, Kwek dan seorang lagi dalang mengaburi aktiviti mereka dengan melakukan transaksi kewangan menerusi ‘shell company’ (syarikat yang hanya wujud di atas kertas) yang berpangkalan di Panama, Singapura dan lokasi lain,” kata Houston pada taklimat media yang dikendalikan oleh Pusat Media Asing Washington.

Beliau menambah, Kwek didakwa terlibat dalam pemindahan produk petroleum ditapis kapal-ke-kapal secara haram ke Korea Utara, dengan negara itu telah melanggar had yang dibenarkan di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB sebanyak 500,000 tong setahun, lapor agensi berita, Yonhap.

Penolong Timbalan Setiausaha itu sedar tentang tindakan Mahkamah Daerah Selatan New York mengeluarkan waran penahanan Kwek pada April 2021, namun beliau masih bebas.

Timbalan Penolong Setiausaha Negara untuk Keselamatan Antarabangsa, Gonzalo Suarez menyatakan tentang keperluan untuk mengganggu aktiviti haram Korea Utara yang membantu mengumpul dana untuk program persenjataan secara haram.

“North Korea employs a wide range of proliferation networks … to collect revenue from overseas operations to support the WMD program, including a ballistic missile program,” Suarez told the press briefing.

“Korea Utara menggaji barisan rangkaian besar… untuk mengumpul perolehan daripada operasi luar negara bagi menyokong program WMD (Senjata Pemusnah Besar-Besaran), termasuk program peluru berpandu balistik,” kata Suarez pada taklimat media itu.

Pengumuman program pemberian hadiah itu dilakukan berikutan tindakan Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu pada tahun ini.

Semalam, Pyongyang melancarkan beberapa peluru berpandu balistik termasuk peluru berpandu balistik antara benua.

Suarez berkata, pelancaran peluru berpandu terbaharu itu menjadikan ‘lebih daripada 50’ pelancaran dilakukan Korea Utara pada tahun ini. – Agensi