Calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selesai menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di SMK Aminuddin Baki pada jam 9.15 pagi.

KUALA LUMPUR – Setakat ini hanya empat calon yang menghantar borang pencalonan bagi Parlimen Titiwangsa.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang), Dr Rosni Adam (Pas) dan Khalid Abdul Samad (Pakatan Harapan).

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dijangka diumumkan Pegawai Pengurus PPC Parlimen berkenaan, Firdzaus Said kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Pada Pru 14, penyandang Parlimen Titiwangsa, Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun memenangi kerusi dengan majoriti 4,139 undi apabila memperoleh 23, 840 undi mengenepikan Johari (19,701 undi), calon Pas, Mohammad Noor Mohammad (6,845 undi). – MalaysiaGazette