Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan borang pencalonan pada hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang.

Perdana Menteri yang juga calon BN Parlimen Bera berkata, perubahan sokongan pengundi di kawasan itu yang majoriti kaum Cina sudah berubah.

“Saya nampak ada perubahan boleh jadi perubahan mood pengundi Cina jauh dari PRU14 respon sangat luar biasa kaum Cina.

“Kalau diteruskan (mood berkenaan) dan diterjemahkan melalui undi, insya-Allah kita dapat Triang,” ujarnya pada sidang media hari ini.

Pada PRU15, penyandang kerusi DUN Triang, Leong Yu Man (PH-DAP) bakal bersaing dengan Muhammad Izzuddin Zulkifli (PN-Bersatu) dan Yee Cheng Hwa (BN-MCA).- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast