Calon Barisan Nasional (BN) P.063 Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah bersama calon Barisan Nasional (BN) N.023 Manjoi, Datuk Azizul Kama Abd. Aziz beramah mesra bersama peniaga sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sekitar Pekan Chemor, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

IPOH – Perubahan sikap dapat dirasai dalam kalangan pengundi bukan Melayu di Parlimen Tambun.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, perubahan itu dikesan ketika beliau turun menyantuni rakyat di Pasar Pekan Chemor hari ini.

Aminuddin berkata, perubahan itu mungkin disebabkan pengundi telah merasai sendiri berada di bawah kerajaan yang ditadbir BN, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Menurut beliau rata-rata masyarakat bukan Melayu terutama Cina mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan boleh membina keupayaan ekonomi penduduk setempat dan negara.

“Saya tengok tak adalah macam 2018 itu boleh rasa tsunami, depa tengok kita pun buat muka dan lari.

“Tapi alhamdullilah kali ini dapat sedikit sokongan kaum daripada pengundi Cina dan India kepada BN dengan sokongan asas yang kita ada

“Kita juga berkeyakinan (menang) untuk PRU kali ini di DUN Majoi, Ulu Kinta dan Parlimen Tambun disebalik nama-nama besar yang kita hadapi,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) P.063 Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah bersama calon Barisan Nasional (BN) N.023 Manjoi, Datuk Azizul Kama Abd. Aziz beramah mesra bersama peniaga sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sekitar Pekan Chemor, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

Parlimen Tambun dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawahnya secara tradisi dimiliki oleh BN.

Bagaimanapun tsunami politik yang melanda pada PRU14 turut membadai Parlimen dan DUN tersebut hingga jatuh ke tangan Pakatan Harapan.

Aminuddin amat berharap pengundi dapat menilai bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh parti-parti yang pernah jadi kerajaan di Perak.

“Pasal dulu kita tidak ada perbandingan. Jadi orang cakap kalau kita jadi kerajaan kita akan buat terbaik. Tapi sekarang orang telah nampak.

“Maknanya semua parti sudah ada peluang dan merasa jadi kerajaan dan bermacam perkara mereka lakukan semasa berkuasa,” kata Aminuddin.

Katanya, walaupun BN tewas pada 2018 beliau dan calon BN DUN Manjoi Datuk Azizul Kama Abd. Aziz dan DUN Ulu Kinta Datuk Mazlan Abdul Rahman tetap turun membantu rakyat.

Beliau menjelaskan, sebuah kerajaan yang stabil dari segi politik diperlukan bagi menaikkan semula ekonomi negara dan negeri Perak.

“Kita harap rakyat buat pilihan. Pertamanya negara kita ini perlukan kestabilan politik sebab rakyat kita majmuk dan negara amalkan perdagangan terbuka.

“Bila ada kstabilan baru orang luar mahu masuk melabur. Mereka lari ke tempat lain mungkin kerana tidak ada kestabilan.

“Kerajaan yang stabil mampu merangka polisi-polisi yang membawa kemakmuran kepada masyarakat,” tegasnya.

Justeru beliau meminta pengundi di Tambun dan Perak untuk memilih BN.

Ini kerana kepimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad telah pun menyediakan pelan Perak Sejahtera 2030 bagi menaikkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast