MARAN – “Itu hak masing-masinglah. Tapi bertanding juga di Kubang Kerian. Bagaimana nak servis rakyat?”
Itu respon ringkas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) menamakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selain mempertahankan kerusi Parlimen di Kelantan, Tuan Ibrahim juga bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka di Pahang kali ini.
Sebelum ini, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdulah memberi bayangan Timbalan Presiden Pas itu mungkin menjadi Menteri Besar sekiranya pihak memenangi PRU15.
DUN Cheka di Lipis dilihat dapat memberi kemenangan mudah kepada Tuan Ibrahim memandangkan beliau berasal dari sana.- MalaysiaGazette