Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon BN N.39 pada Program Kenduri Rakyat bersama Penduduk Kampung Bohor Baru sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 08 NOVEMBER 2022.

BERA – Bajet 2023 akan dbentang semula di Dewan Rakyat dengan mengambilkira tambahan inisiatif dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dilakukan selepas BN menang Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) ini.

“Ada lima fokus utama Manifesto BN yang diumumkan Pengerusi BN malam tadi melibatkan 99 insentif yang telah diumumkan kita lihat manifesto BN sebahagian daripada yang diumumkan dalam bajet sebelum dilaksanakan.

“Sebab itu bajet itu akan dibentang semula kalau BN menang, kita akan bentang seperti yang terdapat manifesto,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru hari ini.

Menurut Ismail Sabri yang juga calon BN bagi Parlimen Bera, ada beberapa perkara baharu seperti bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi bagi golongan B40 secara percuma dan pengenalan bahasa etnik.

Ia, katanya, akan dijadikan panduan bagi membentangkan semula Bajet 2023 kelak.

Perdana Menteri juga menyatakan bajet yang disediakan turut melibatkan bantuan kepada golongan M40 namun ia tidak disebut secara khusus terutama dalam pengurangan cukai pendapatan dan bantuan kepada industri kecil dan sederhana.

Menurutnya, bajet kali ini berpijak di bumi yang nyata dan boleh dilaksanakan.

“Apa dijanji boleh dilaksankan bukan janji bulan bintang seperti contoh hapuskan kemiskinan melalui skim bantuan aas dan bantuan kredit kepada mereka berpendapatan RM2,208 sebulan dan Bantuan Keluarga Malaysia.

Selebihnya, apa yang ada dalam Manifesto BN sudah dirancang di dalam Bajet 2023.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast