Datuk Seri Shahaniza Shamusiddin dbersama dengan Pengerusi Biosea, Datuk Daniel Lim

MARAN – Maran sedang mengorak langkah meninggalkan status pekan lama tidak lama lagi selepassebuah kilang teknologi Taiwan akan dibina tidak lama lagi.

Ia melibatka pelaburan berjumlah RM747 juta dan dijangka siap dengan tahun depan.

Pembinaan kilang memproses produk hiliran itu akan dibangunkan secara berfasa untuk tempoh 15 tahun akan datang bakal menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Maran.

Calon Parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, projek itu bakal membawa Maran keluar daripada status daerah yang agak ketinggalan di Pahang.

Beliau berharap dengan pelaksanaan projek berkenaan di Taman Perindustrian II Maran, ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Kalau sekarang ini, daerah Maran digambarkan seperti ‘bandar mati’ dan tidak ada pembangunan pesat seperti tempat lain, jadi bila ada projek Biosea, dapatlah kita tingkatkan imej Maran itu sendiri.

“Banyak lagi projek lain yang akan datang ke Maran selepas ini dan kebetulan di sini juga akan ada stesen Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), stesen kargo dan penumpang,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Shahaniza  turut merangka pelbagai agenda untuk memajukan Maran dalam tempoh lima tahun akan datang dan meningkatkan sektor ekonomi di kawasan ini dan pendidikan seperti institut pengajian tinggi.

Sebelum itu Shahaniza dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail  menyaksikan perjanjinan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Biosea dan Ika Jaya Sdn Bhd yang ditandatangani di sini hari ini.

Pihak Biosea diwakili pengerusinya, Datuk Daniel Lim manakala Rahimah Karim pula mewakili Ika Jaya Sdn Bhd memetarai perjanjian berkenaan di Kelab Golf Maran, pada Selasa. – MalaysiaGazette