Rumah dua keluarga Orang Asli di Kampung Simoi Lama dekat sini dirosakkan  sekumpulan tiga ekor gajah semalam.

LIPIS – Rumah dua keluarga Orang Asli di Kampung Simoi Lama dekat sini dirosakkan  sekumpulan tiga ekor gajah semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi dan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.

Ketika kejadian, kesemua mangsa tidur sebelum terdengar bunyi sekumpulan gajah berdekatan rumah.

“Mangsa tedengar suara gajah berdekatan rumah, lalu  keluar dan melihat tiga ekor gajah memakan pokok pisang sebelah rumahnya.

“Selepas itu mangsa mengejutkan anak isteri dan mentuanya di sebelah rumah dan terus lari rumah ke rumah saudara mereka di bawah bukit untuk berlindung,” katanya hari ini.

Apabila pulang ke rumah semula, mangsa mendapati rumah mereka telah musnah terutama di bahagian dapur dan mengalami kerugian kira-kira RM5,000 akibat kerosakan rumah dan tanaman mereka. – MalaysiaGazette