MARAN- Tiga maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) arah selatan di Maran, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata mangsa yang maut adalah dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian yang mana dua daripadanya tersepit dalam kenderaan.
Manakala mangsa yang cedera iaitu seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Jengka, dekat sini.
Katanya, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa terbabas.
Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.10 pagi.
MalaysiaGazette