DUBAI, Emiriah Arab Bersatu – Mahkamah Revolusi Iran telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang penunjuk perasaan antikerajaan dan menjatuhkan hukuman penjara kepada lima yang lain.

Menurut media-media tempatan, ia adalah hukuman mati pertama terhadap mereka yang ditangkap dan dibicarakan selepas terlibat dalam protes besar-besaran sejak beberapa minggu.

Mizan, sebuah laman web berita yang dikaitkan dengan badan kehakiman Iran berkata, hukuman mati itu dijatuhi ke atas tertuduh atas tuduhan penunjuk perasaan membakar bangunan kerajaan.

Lima hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan didakwa melanggar keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Mizan berkata, cawangan berasingan Mahkamah Revolusi mengeluarkan keputusan tetapi tidak berkongsi butiran lanjut penunjuk perasaan yang dibicarakan, yang boleh merayu terhadap keputusan itu.

Mahkamah itu ditubuhkan berikutan Revolusi Islam 1979 dan terkenal kerana menjatuhkan hukuman berat kepada mereka yang menentang pemerintah ulamak Iran.

Iran telah pun mengeluarkan dakwaan terhadap ratusan penunjuk perasaan yang ditahan.

Demonstrasi antikerajaan telah memasuki minggu kelapan dan dicetuskan oleh kematian seorang gadis, Mahsa Amini, 22 tahun, yang mati dalam tahanan selepas didakwa melanggar kod pakaian wanita.

Pihak berkuasa kehakiman telah mengumumkan tuduhan terhadap ratusan orang di wilayah Iran yang lain. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast