Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

TEMERLOH – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin mengakui kelemahannya.

Salah satunya ramai menganggapnya seorang yang garang kerana mimik muka yang jarang tersenyum.

“Muka garang Allah jadikan macam itu, macam mana saya nak buat?

“Jumpa dulu saya, tak kenal maka tak cinta,” selorohnya dalam video khas kepada pengundi Temerloh yang disiarkan hari ini.

Menurut Sharkar, ada kelemahan yang boleh dibaiki namun bab mimik muka, ia di luar kemampuannya.

Terdahulu, sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau berjanji akan membawa pembangunan secara menyeluruh ke Temerloh.

Walaupun pelbagai usaha sudah dibawanya semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang dan Exco kerajaan negeri namun ia memerlukan suara yang didengari di Dewan Rakyat.

Beliau sebelum ini pernah mengusahakan pembinaan jambatan kedua dan masjid bandar baharu di Temerloh.

Menurutnya, Temerloh mesti berubah termasuk menjadi tuan rumah kepada institusi pengajian tinggi yang bakal menjadi katalis pembangunan.

Selain itu, katanya, jalinan perhubungan darat yang lengkap bakal membawa limpahan ekonomi kepada penduduknya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast