Temubual bersama calon Pakatan Harapan P.089 Bentong, Young Syefura Othman ketika mengadakan pertemuan dengan ahli Kelab Pancing Kampung Lengkong sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Karak, Pahang.Foto HAZROL ZAINAL, 13 NOVEMBER 2022.

BENTONG – Mahu angkat isu wanita terutama ibu tunggal ke Dewan Rakyat.

Itu antara misi calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

“Ini salah satu manifesto Bentong dan PH bagaimana isu wanita dan kanak-kanak terutamanya. Pengalaman saya di DUN (Dewan Undangan Neegri) Ketari selama empat tahun lebih banyak jumpa ibu tunggal, isu penjagaan kanak-kanak, masalah hidup dan tumbesaran anak-anak mereka,” ujarnya dalam sidang media hari ini.

Young Syefura atau dikenali Rara berkata, pihaknya mahu subsidi diberikan kepada wanita bagi penjagaan anak khusunya dari golongan B40 dan M40.

“Elaun khas bagi penjagaan warga emas dan OKU (orang kelainan upaya) juga diperlukan.

“Selain itu, bayaran wang tunai kepada kanak-kanak sejak lahir sampai berusia enam tahun. Ia penting bagi memastikan mereka cukup nutrisi,” katanya lagi.

Isu itu, kata Rara, akan diangkat ke Dewan Rakyat dan DUN sekiranya PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 kerana mengutamakan kebajikan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast