11 November 2022 menjadi tarikh keramat bagi warga Cyberjaya apabila satu lagi kemudahan rakyat mula beroperasi.

Hospital Cyberjaya sememangnya ditunggu-tunggu oleh penduduk di kawasan tersebut. Satu lagi tawaran kesihatan yang akan memenuhi keperluan rakyat iaitu Pusat Jantung Hospital Serdang juga akan memulakan operasi pada 12 Disember 2022. Semuanya adalah untuk rakyat terutamanya B40.