Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan klip video tular yang memaparkan ucapannya yang bersifat anti-Kristian telah disalah erti.

Katanya, video ucapan yang tersebar di Tik Tok itu telah disunting secara tidak bertanggung jawab bagi merosakkan imej beliau.

“Ucapan saya itu adalah sepanjang 55 minit. Klip video yang disebarkan di Tik Tok dan media-media sosial adalah terhad kepada 1 minit 35 saat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu menambah, ucapannya adalah berkisar mengenai kestabilan politik serta kepentingan untuk menghindari rasuah.

“Saya juga bercakap mengenai betapa perlunya DAP untuk mengawal permintaan-permintaan mereka dan menghormati hak semua kaum di Malaysia termasuk hak istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Terdahulu, Majlis Gereja-Gereja mengeluarkan satu kenyataan membidas ucapan tular Muhyiddin yang dikatakan boleh menimbulkan ketegangan kaum.- MalaysiaGazette

 

Artikel berkaitan

http://https://malaysiagazette.com/2022/11/18/kenyataan-anti-kristian-muhyiddin-boleh-ketegangan-kaum/

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bukti hak Melayu istimewa 80% bergaji asnaf beli rumah kos rendah pun terpaksa berhutang bayar bunga bank, tanah rizab Melayu menyusut tinggal hanya 12% termasuk Singapore dan Penang didominasi majority undi baka migran ekonomi expats timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah British susulan DEB/NEP aka Dasar Ekonomi Apartheid beri 30% ekonomi kepada majority pribumi Melayu supaya minority baka migran ekonomi expats meraih 70% ekonomi angkara politikus Pak Pandir masih kemaruk sokongan undi migran ekonomi expats. Berbeza dengan negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai oleh majority migran ekonomi expats berbilang kaum dan budaya ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tetapi tiada hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.