KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mendahului keputusan tidak rasmi di Parlimen Simpang Renggam.
Calon Barisan Nasional (BN) itu meninggalkan penyandang kerusi Parlimen tersebut Dr Maszlee Malik dengan majoriti 1,955 undi.
Setakat pukul 9.44 malam Hasni meraih 18,150 undi manakala, Maszlee pula 16,195 undi.
Dua lagi calon iaitu Mohd Fazrul Kamat dari parti Perikatan Nasional (PN) mendapat 9,007 undi sementara calon parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Kamal Kusmin hanya mendapat 246 undi. – MalaysiaGazette