Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman 7 Disember depan.

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya memaklumkan, tarikh penamaan calon adalah pada 24 November manakala tarikh undian awal adalah pada 3 Disember.

“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November sehingga 11.59 malam 6 Disember (Selasa),” katanya hari ini.

Urusan permohonan undi pos bagi pengundi yang layak dibuka hari ini sehingga 22 November (Selasa).

Ini bermakna tarikh pilihan raya DUN Tioman adalah serentak dengan tarikh pengundian bagi Parlimen Padang Serai.

Pilihan raya DUN Tioman terpaksa ditunda susulan kematian calon Perikatan Nasional, Md Yunus Ramli, pagi tadi.

Manakala pilihan raya Parlimen Padang Serai turut ditunda akibat kematian calon Pakatan Harapan, M Karupaiya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast