Calon Barisan Nasional P.085 Pekan, Datuk Seri Mohmed Puzi Sh Ali pada Majlis Ramah Mesra DUN Chini sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Dato Shahbandar Dara, Chini, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2022.

Kuala Lumpur- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pekan, SH Mohmed Puzi SH Ali berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti tipis 44 undi.

SH Mohmed Puzi dicalonkan BN untuk menggantikan penyandang kerusi Parlimen itu Datuk Seri Najib Razak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Peramu Jaya memperolehi 4643 undi mengatasi calon Perikatan Nasional, Ustaz Mohd. Fadhil Noor Abdul Karim dengan 4599 undi manakala calon Bebas 36 undi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast