JERANTUT – Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kerusi Parlimen Jerantut dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sujud syukur sejurus diumumkan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ia berlaku selepas keputusan itu diumumkan oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Khairun Nissa Aris di Dewan Majlis Daerah Jerantut awal pagi ini.
Kerusi Parlimen Jerantut dimenangi oleh Ir Khairil Nizam Khirudin (PN) mendapat 31,701 undi menewaskan Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (Pakatan Harapan) mendapat 11,444 undi dan Datuk Zukarmi Abu Bakar (Barisan Nasional) menerima 23,609 undi.
Calon PN itu menang dengan majoriti 8,092 undi
DUN Tahan pula dimenangi oleh penyandangnya Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PN) dengan 8,777 undi menewaskan Mohd Abd Talib Mohd Tahar (PH) 724 dan Faezah Ishak (BN) dengan 6,763 undi.
Mohd Zakhwan menang dengan majoriti 2,014.
DUN Damak turut dimenangi penyandangnya, Zuridan Md Daud (PN) dengan 10,883 undi menewaskan Muhamad Fasal Jamlus (BN) dengan 6,655 undi; Mohamad Rafly Mohd Satar (PH)-8,587 dan calon bebas, Izzuddin Ismail (82 undi).
Zuridan menang dengan majoriti 2,296 undi.
Terus mengejutkan keputusan kali di DUN Pulau Tawar di mana calon BN, Datuk Nazri Ngah tewas dengan mendapat undi 9,499 kepada Yohanis Ahmad (PN) yang mendapat 12,986 undi manakala Norani Muhd @ Mohd Arshad (PH) mendapat 1,091 undi.
Mohd Rosidi Hassan (PEJUANG) pula memperoleh 50 undi dan Ridzuan Mansor (BEBAS) sebanyak 544 undi.
Yohanis menang dengan majoriti 3,487 undi.
Sementara itu, Yohanis sangat berterima kasih kepada semua jentera parti serta pengundi DUN Pulau Tawar yang memilihnya.
“Saya akan menggalas tangungjawab dan amanah yang diberi, Insya Allah kan cuba menyelesaikan semua isu yang ada di DUN ini, “ katanya ketika ditemui. – MalaysiaGazette