KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.
Gesaan itu dibuat ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.
Beliau berkata, UMNO tidak mampu dan tidak boleh lagi menanggung segala liabiliti individu dalam parti yang hanya meletakkan kepentingan peribadi.
“Dengan rasa penuh hormat, saya memohon supaya Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya segera meletakkan jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 2018,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.
Terdahulu, desakan yang sama disuarakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Halimah memberitahu, pendiriannya itu bukan semata-mata atas kepentingan peribadi namun bersandarkan kepada kepentingan parti mengatasi segala-galanya.
Beliau menegaskan, UMNO memerlukan perubahan besar yang mampu membersihkan nama parti.
“Usahlah mencemarkan lagi kesucian UMNO dengan pemikiran yang dangkal tidak berasas dan berprinsip,” jelasnya.
Halimah menyeru agar UMNO pulang kepada asal dan mengingatkan bahawa perjuangan dan keutamaan parti adalah tertumpu kepada suara akar umbi yang mendambakan sebuah institusi yang berupaya membawa suara dan nasib rakyat terbanyak. – MalaysiaGazette
insaflah jika kamu berpecah belah TERIMALAH AKIBATNYA….kembalilah pada jalan ALLAH untuk muafakat bersatu.
WAHAI umat melayu UMNO terimalah hakikat KESOMBONGAN BURUK AKHLAK PEMIMPIN KAMU telah memakan diri kamu YANG.pernah Labelkan para PARTI LEBAI makan DUA KOLAM…PADAHAL MEREKA ingin memimpin kearah penyatuan ummah membuang yg keruh mengambil yang jernih LAKSANA bayi yang baru dilahirkan seperti kain putih
PARTI LEBAI dizalimi PULUHAN TAHUN pelbagai rupa sekatan /buang daerah dipecat/tukar serta merta malahan ada yang dibunuh MEMALI…tetapi DEMI ALLAH untuk kembali silaturahim LUPAKAN SEGALA PERISTIWA HITAM
lupakah UMNO yg kecundang PRU14….LEBAI2 inilah hulurkan tangan serban mereka dari kamu lemas dalam kolam.KITA mencipta kemenangan bersama 7 prk dan MENGWUJUDKAN MUAFAKAT NASIONAL…TETAPI UMNO MASIH EGO DAN BERDENDAM pada BERSATU Selepas PRN MELAKA DAN JOHOR atas alasan KHIANAT. malahan memberi 3 SYARAT untuk PARTI lebai BERSAMA UMNO
BERSATU bukan KHIANAT tetapi mereka BERHIJRAH dari usus dan kepompong KEMUNGKARAN pimpinan////MAKA INSAFLAH SEMUA…hANYA KERAJAAN ALLAH YANG KEKAL ABADI