Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Perkongsian hantaran Tan Sri Annuar Musa yang ke kedai menggunting rambutnya hari ini dilihat sebagai kiasan kepada kepimpinan UMNO.

Dalam hantaran itu, bekas Ahli Parlimen Ketereh yang digugurkan daripada bertanding pada PRU15 berkata: “Hari ini saya ke kedai gunting biasa saya di Bangsar, rambut agak panjang dah lama bertangguh, tak potong lebih awal kadang-kadang menyusahkan.

“Kadang kala bersama rambut yang panjang, banyaklah kutu di kepala. Kutu yang kenyang, kita ni tak dapat faedah apa apa. Jika mahu segak kembali, segera potong, murah saja”.

Rata-rata yang komen mengenai status itu mengaitkannya dengan situasi UMNO yang meruncing selepas kalah teruk.

Kebanyakan mereka melihat hantaran status ini adalah kiasan yang cukup mendalam.

Malah ada juga yang berkata, lebih baik Annuar relaks dan tidak pening kepala.

Tidak kurang yang menyatakan ada hikmah beliau tidak dicalonkan pada PRU15.

Namun kebanyakannya melihat status ini ada kaitan dengan dengan desakan supaya  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan nombor satu UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast