KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan dipengerusikan presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pukul 3 petang ditangguhkan pada saat akhir.
Perkara itu disahkan sendiri salah seorang Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum beredar meninggalkan ibu pejabat parti itu kira-kira pukul 3.20 petang tadi.
“Batal apa? Tangguh sebab ada ramai tak boleh sampai. Nanti kita bagi tahu,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato Onnpetang tadi.
MalaysiaGazette dimaklumkan MKT UMNO akan bermesyuarat petang ini susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya berjaya memperoleh 30 kerusi dari 220 Parlimen yang dipertandingkan.
Menurut sumber, mesyuarat malam tadi antara Ahmad Zahid dan Top Five agak tegang susulan surat akuan bersumpah yang ditandatangani calon-calon Parlimen BN memberi kuasa kepada Presiden UMNO untuk berunding bagi pihak parti.
Menurutnya, akuan bersumpah yang ditandatangani 178 calon Parlimen BN itu dibuat selepas majlis pengumuman 1 November lalu yang antara lain membenarkan Presiden UMNO berunding dengan blok parti lain untuk pembentukan kerajaan Persekutuan jika BN gagal memperoleh majoriti mudah iaitu 112 kerusi.
Dalam pada itu, mesyuarat Majlis Tertinggi BN yang dijadualkan pukul 8 malam ini juga ditangguhkan. – MalaysiaGazette
Semua kluster mahkamah kena undur diri. Ismail saberi perlu menggalas tanggungjawab sebagai presiden parti dan laksanakan pelan pemulihan dengan mengemukakan muka – muka baru yang bersih dari rasuah untuk berada bersama beliau di dalam majlis tertinggi. Jadikan umno sebagai parti yang bebas rasuah yang sentiasa peka dengan masalah rakyat. Proses ini mungkin akan memakan masa tetapi perubahan perlu dilakukan supaya umno kembali relevan di masa – masa akan datang. Budaya samseng, angkuh, takbur sudah tidak lagi relevan serta perlu dihapuskan. Benarkan ahli parti bebas untuk bersuara tanpa sebarang ugutan sebab mereka sebenarnya mewakili suara akar umbi.