KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin mempunyai bilangan sokongan mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkannya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Dalam satu kenyataan, Muhyiddin memaklumkan, perkara itu adalah berdasarkan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg pagi tadi berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Beliau telah memaklumkan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10,” katanya.
Muhyiddin juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang turut menyatakan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau untuk menjawat jawatan itu.
Tambahnya, beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen sama.
“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
INSHA ALLAH….WE COME BACK….kata2 akhir beliau setelah dipaksa letak jawatan sebelum diganti ISMAIL SABRI
Apakah calon PM proxy parti cauvanis, Bang Non sekali lagi akan berputeh mata, menggigit jari? Jom sama2 saksikan drama suspen ini… kahh..kahhh.kahhhh!!!
Boleh lah sakau duit rakyat lagi sebsb duit biaya covid pun di bentang. Kens tubuh RCI tu.
Harap PN, Umno, GPS tidak bekerjasama dgn DAP. Bahang kesusahan 22 bulan masih lagi terasa…