Shahidan Kassim dan Ismail Abd Muttalib

KUALA LUMPUR – Dua bekas pemimpin UMNO yang bertanding Parlimen atas tiket Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Arau dan Maran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kedua-duanya ialah Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Shahidan menang di Parlimen Arau dengan mendapat sebanyak 31, 458 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Rozabil dan calon Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie.

Rozabil mendapat 8, 242 undi manakala Fathin mendapat 7, 089 undi.

Sementara itu, Ismail memenangi Parlimen Maran dengan 19, 600 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin yang mendapat 17, 779 undi.

Bagi calon PH, Ahmad Shuhor Awang dan calon bebas, Muhammad Hafiz Ishak, kedua-duanya hilang wang pertaruhan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast