Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberi persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu merujuk kenyataan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zahari Abang Openg bahawa GPS bersama BN, Perikatan Nasional dan GRS bersetuju menubuhkan kerajaan Persekutuan.

“Tiada sebarang rundingan antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepadanya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.

Beliau berkata, ia selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

 

3 Komen

  1. Hari itu kata tiada aku janji. Kali inibada pula..memang hancing juga dia ni. Tak apa lah BN sokong lah PH tu, 5 tahun lagi lenyaplah BN dimuka bumi sebagai mana lenyapnya parti semangat 46.

  2. PARTI UMNO DAH HAMPIR DIKUBURKAN SEMALAM….MASIH TIDAK INSAF.F..BETULLAH JANGKAAN RAMAI PRU 15 HANYA UTK LEPASKAN DIRI ZAHID MUNAFIK DARI KLUSTER RASUAH ISMAIL SABRI JADI KAMBING HITAM….MUNAFIK ZAHID TERSERLAH PRN JOHOR LANTIK HASNI SEBAGAI MB

    DENGAN BERSAMA PAKATAN HANCING KESNYA LEPAS……
    MUNAFIK ANWAR DAN ZAHID BERSEKONGKOL ALLAH MAHA TAHU ISIHATI MUNAFIK INI SEBAB KIFARAHNYA BN GAGAL SEMALAM

    AKUJANJI TERSEBUT KERANA ZAHID MUNAFIK YAKIN SAPU BERSIH PRU SEMALAM

Comments are closed.