KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediaman jam 10.15 pagi tadi dipercayai bagi menghadiri pertemuan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional.
“Hanya mahu makan angin,” kata Pengerusi PH ketika ditanya destinasi yang ingin dituju.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan terdapat pertemuan di Hotel Seri Pacific, di sini.
Wartawan MalaysiaGazette yang berada pekarangan hotel tersebut melihat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution antara yang telah tiba di hotel itu.
Terdahulu, Istana Negara menitahkan supaya gabungan parti yang mempunyai majoriti mudah mengemukakan senarai nama ahli-ahli Parlimen sebelum pukul 2 petang ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut meminta dikemukakan nama Perdana Menteri ke-10. – MalaysiaGazette