Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang dianggotai Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) adalah satu resipi bencana.

Jelasnya, ia berdasarkan pengamalan beliau yang pernah mentadbir negeri itu dengan DAP.

“Tindakan ini mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, Perikatan Nasional (PN) tetap dengan pendirian menjadi pembangkang di negeri itu.

“Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung UMNO “NO ANWAR, NO DAP?”

“PN Perak tetap dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya lagi.

Teka teki mengenai gabungan mana yang berjaya membentuk kerajaan negeri terurai apabila Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah jawatan, petang ini.

Ia disahkan Ahli Dewan Negara, Tan Sri Annuar Zaini yang mana Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memperkenankan penubuhan kerajaan negeri selepas baginda menerima menghadap wakil-wakil parti di Istana Kinta hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Abah kata no BN. Abah siap sound Taki dari PAS takde mandat dari PN untuk kerjasama dgn BN. Tok guru pun taknak BN. Jadi apa pilihan BN ada untuk survive dalam politik Malaysia ni.

Comments are closed.