Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas pulang dari Istana Negara sejurus selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 NOVEMBER 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar) menggesa Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Presidennya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berpendapat, rakyat di negara ini ingin melihat kerajaan yang stabil memperjuangkan hak-hak kelompok majoriti Melayu-Islam dan dalam masa yang mengangkat hak-hak kaum lain.

“Melalui keputusan PRU15 yang ada, pilihan terbaik buat UMNO dan BN adalah untuk memberi sokongan kepada PN untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

“Sanjungilah kesediaan parti-parti Sabah Sarawak melalui GPS dan GRS yang telah pun memberikan sokongan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan secara bersama.

“Oleh itu, sangat wajar bagi 30 orang ahli Parlimen BN untuk menyatakan sokongan padu kepada Muhyiddin.

“Memilih untuk bersikap berkecuali sebenarnya adalah bukan pilihan buat masa ini. Rakyat dan negara memerlukan kerajaan dibentuk segera untuk melicinkan pentadbiran dan urusan yang perlu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Roslan, langkah mengambil sikap berkecuali di waktu kritikal begini akan memberi muka kepada kedua-duanya selain merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab kepada negara.

“Pintar juga menggesa ahli Parlimen UMNO konsisten dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk menolak DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.” katanya lagi.

Melihat kepada perkembangan semasa mengenai pelantikan perdana menteri ini, Pintar merasakan ia tidak wajar dilengahkan oleh mana-mana ahli Parlimen khususnya melalui parti-parti yang telah dipilih di dalam PRU15.

Justeru itu, Mohd Roslan berpendapat, sikap berkecuali dalam keadaan sekarang adalah suatu perkara yang perlu untuk dinilai semula.

Ini kerana negara akan terumbang-ambing tanpa dapat dilantik seorang perdana menteri yang akan menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam mentadbir negara.

“Mandat rakyat telah diperoleh di mana sebelum PRU15 diadakan, kita sering mendengar agar soal politik negara dikembalikan kepada rakyat.

“Sekarang, mandat tersebut telah jelas berdasarkan keputusan PRU15 yang telah diperoleh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. wahai PINTAR..saya rasa anda masih belum cukup maklumat..keputusan PAU ialah No Anwar, No DAP, No PPBM..PINTAR ni orang Muhyiddin ke berkecuali? tanye je jgn marah ye..dalam PN ada PPBM, dalam BN ada PN..tapi dalam PN xde BN..PPBM ditubuh untuk bunuh UMNO..mana mungkin UMNO akan terima PPBM..masa berkempen ,PN hina BN..sampai kata undi BN masuk neraka..pencuri la..penyamun la..bila terdesak baru nk minta nyawa ngan BN..jgn menidakkan hak pengundi yg mengundi PH jgk..kerusi PH dan PN hampir sama banyak..mandat rakyat dah tentukan..BN dh sedia jadi pembangkang..PH & PN yg gila nak jadi kerajaan..itu lah persamaan antara PH&PN..PINTAR, fikir² kan lah..

  2. Lawak laa..ni dipanggil intelektual? Jgn lupa DUN Selangor tergantung juga pada 2008… tak de parti yg majoriti…PAS ketika tu sanggup pilih DAP dari bergabung dengan UMNO menyebabkan kerajaan negeri BN UMNO runtuh…sekarang berlagak suci Melayu Islam konon…

  3. Pandir punya professor kangkung. Jika keputusan pau menjadi rujukan. Perlu di ingat juga bahawa bukan hnya no dap, no anwar malah turut juga di sebut di dalam pau ialah no bersatu. Maka logik la utk umno ambik ketetapan berkecuali. Gps juga yelah menukar nada sokongannya,maka d mana asasnya utk meminta BN merujuk kpd kesediaan GPS utk bersama PN..pandir..patutla ramai org jd bodoh sbb ada prof bodoh huh

  4. pigidah berapa midin bayar ni. dah umno/bn xnak sokong kenapa nak dipaksa. lagipun umno/bn kan dah ditolak rakyat jadi takde keperluan untuk menyokong mana² pihak dan sangat tak wajar umno/bn dipersalahkan. intelektual apa camni, lebih kepada standard balaci midin adala.

  5. Harap UMNO tidak melakukan politik balas dendam, jadilah diri sendiri tidak seperti parti lain. Ianya akan menjadi contoh dan teladan dimasa akan datang. Berbaliklah kepada kaedah Islam dlm memberi sokongan… selamat memilih…

  6. Awat nk paksa2 pulak. Nama pertubuhan dh macam hebat dh tu tetapi memberi gesaan yang tidak intelektual. Dah sah2 sebahagian besar pengundi tak mau BN menjadi kerajaan so pilihan yang ada pd BN menjadi pembangkang utk tempoh 5 tahun lg.

Comments are closed.