Hari ini tular gambar milik Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi teka-teki keputusan rundingan PN-BN di negeri ini mungkinkah terhasil?

KUANTAN – “Doakan kebaikan untuk Pahang. Insya-Allah,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perkongsian itu dibuat oleh Tuan Ibrahim yang dilantik mengetuai rundingan mewakili PN berhubung pembentukan Kerajaan Pahang pada pagi ini.

Dalam hantaran di Facebook beliau turut berkongsi gambar bersama Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut kelihatan dalam foto tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sehingga berita ini ditulis belum ada keputusan muktamad didedahkan.

Keputusan PRU15 lalu menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi DUN, BN memperoleh 16 dan PH pula mendapat lapan.

Sementara itu, keputusan PRU DUN Tioman bakal diketahui pada 7 Disember nanti. –

Sebelum ini, media melaporkan, Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan BN negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah yang dipetik sebagai berkata memberitahu, parti itu menunggu keputusan rasmi daripada PH Pusat.

Kerajaan negeri Pahang tergantung selepas keputusan PRU-15 menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast