Muhyiddin diiringi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bercakap pada sidang media selepas pulang dari Istana Negara sejurus selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 NOVEMBER 2022.

MEMANDANGKAN tiada mana-mana parti yang menang secara dominan atau dengan majoriti mudah, maka Yang di-Pertuan Agong mencadangkan agar dibentuk sebuah kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan ini bermakna kerajaan gabungan antara parti-parti yang ada jumlah kerusi tertentu, tetapi jumlahnya tidak mencecah 112 sebagaimana ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Maknanya, cadangan daripada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan perpaduan itu ialah gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN), manakala Perdana Menteri dilantik dari mana-mana gabungan yang mendapat lebih kerusi dari gabungan lain.

Dalam maksud Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri bagi kerajaan perpaduan ini ialah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab gabungan itu mendapat 82 kerusi, manakala Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana gabungannya memperoleh 73 kerusi sahaja.

Baginda telah mencadangkan nisbah yang adil bagi kedua-dua pihak kerana kerajaan Persekutuan perlu dibentuk sesegera mungkin bagi mengurus tadbir negara dan hal ehwal rakyat.

Anwar bercakap kepada media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2022.

Kalau tergantung sehingga hari ini yang sudah masuk hari keempat pasca PRU15, tidak baik untuk negara dan rakyat. Negara boleh hilang berbilion ringgit sehari tanpa ada kerajaan yang stabil dan makmur.

Namun, Muhyiddin dikatakan menolak cadangan itu dengan alasan, PN pada dasarnya sudah mempunyai bilangan Ahli Parlimen melebihi 112 kerusi sebagaimana dikehendaki Perlembagaan.

“Di sini ada surat akuan penerimaan daripada Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka, Datuk Nazim Mohamad Halim yang sahkan penerimaan dokumen yang kami serahkan atau dihantar menerusi e-mel yang merupakan bukti kami mempunyai sejumlah bilangan MP (ahli Parlimen) melebihi 112 yang dikehendaki.

“Jadi, sebab itu kami yakin sewajarnya boleh membentuk kerajaan, tetapi bila saya menghadap baginda tadi (semalam), dikatakan ia (115) tidak mencukupi dan saya tidak tahu apa sebabnya.

“Selepas itu kerana dikatakan tiada satu pun yang mempunyai jumlah bilangan yang mencukupi, Tuanku mencadangkan supaya kita bekerjasama dengan PH untuk membentuk Unity Government (Kerajaan Perpaduan),” kata Muhyiddin pada sidang media, semalam.

Memang benar PN mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan PH, tetapi baginda perlu meneliti sejauh mana kesahihan kedudukan 39 kerusi lagi yang dikatakan menyokong PN untuk menubukan Kerajaan Persekutuan.

Itu Yang di-Pertuan Agong ambil kira, sebab daripada 39 kerusi itu melibatkan 23 parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan enam parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sedangkan kedua parti ini terikat dengan Akuan Sumpah (SD) kepada BN sebelumnya.

Tidak boleh ada dua SD serentak untuk menyokong mana-mana parti lain yang mereka rasa perlu berbuat demikian, melainkan disertakan dengan persetujuan daripada BN.

Mengambil kira perkara ini yang mendorong Istana Negara untuk tidak menerima jumlah 112 atau 115 yang diserahkan oleh PN semalam.

Justeru, disebabkan tidak ada kata sepakat dan tiada keputusan dicapai antara Muhyiddin dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Yang di-Pertuan Agong mencadangkan agar dibentuk kerajaan perpaduan.

Kalau melihat kepada kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad semalam, beliau antara pemimpin dari PH yang pertama mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional.

Dalam kenyataannya, beliau berharap kerajaan baharu yang dinamakan perpaduan nasional dapat dibentuk secepat mungkin.

Dzulkefly bukan sekadar Ahli Parlimen, malah Pengarah Strategi Amanah yang dilaporkan berkata, pembentukan kerajaan itu perlu disebabkan tiada gabungan parti yang mendapat kemenangan majoriti.

“Disebabkan tiada gabungan yang mendapat kemenangan majoriti untuk membentuk kerajaan, justeru terdapat keperluan mendesak untuk membina kerajaan perpaduan.

“Kita patut fokus kepada national reset agenda atau agenda menetapkan semula kedudukan negara di landasan sebenar,” kata Dzulkefly menerusi ciapan Twitternya.

Kenapa perkara yang mudah menjadi susah? Adakah kerana jawatan Perdana Menteri yang diimpikan Anwar dan Muhyiddin menjadi halangan untuk bersetuju dengan cadangan dan saranan Yang di-Pertuan Agong?

Kedua pemimpin ini tidak lekang dari mulut “demi kepentingan rakyat”, “demi mengembalikan negara yang kini tidak stabil” dan macam-macam demi lagi.

Hakikatnya, biila ditanya kepada rakyat, mereka langsung tidak kisah siapa jadi kerajaan, sama ada kerajaan majoriti mudah atau kerajaan dua pertiga atau kerajaan perpaduan.

Kepada rakyat, asalkan selepas PRU15 pada 19 November lalu, keesokan hari sudah ada kerajaan baharu. Mereka tidak kisah pun siapa Perdana Menteri, sama ada Muhyiddin atau Anwar. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. cita2 nAk jadi pm . pn tolak cadangan agong . padahal pm pn telah terbukti gagal dalam pemerintahan yang terdabulu . dalam pn siapakah yang boleh diharap . adakah pas . terbuktikah pas ini bijak dalam pentadbiran ekonomi negara . pas ternyata berpuas hati taklimat arul kanda dalam kes 1mdb satu ketika dahulu . adakah rakyat puas hati dengan segala fatwa pas untok bina negara . kaum muda 18 perlu fikir islam dan ekonomi pas sesuaikah untok tadbir negara . cukupkah dengan dosa dan pahala negara boleh makmur .

      • dulu ph mahadir . sekarang ph anwar. tak sama boss. mahadir dulu tumoang tiket bas orang je . bila sampai matlamat dia turun lah . . 22 bulan tak boleh jadikan bukti ph gagal berbanding pak din dengan sabri .

  2. PN sebelumnya tak reverse DEB/NEP aka Dasar Ekonomi Apartheid beri 30% ekonomi kepada majority pribumi Melayu supaya minority pendatang ekonomi expats bukan pribumi meraih 70%. Kini giliran PH pula.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here