Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta ribut petir diramal berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan sama turut diramal melanda Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Bagi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang dan Sabah pula, amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan di beberapa kawasan.

Agensi itu berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan supaya merujuk laman sesawang www.met.gov.my, laman sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Dalam pada itu, Info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan taburan hujan yang tinggi di Selangor dilaporkan berlaku di Meru, Kampung Perepat, Kapar di Klang dan Jalan 22 di Petaling Jaya. – MalaysiaGazette