Sejumlah 243 kilogram daun ketum yang ditemui di dalam bonet kereta seorang lelaki ketika ditahan di Bentong semalam.

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama 243 kilogram daun ketum bernilai RM5,751 di Kilometer 63 arah Barat di Bentong awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek ditahan oleh anggota polis peronda semasa memandu pada jam 3 pagi.

Menurutnya hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek yang berusia 44 tahun itu didapati negatif dan kini beliau masih ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati daun ketum tersebut dibeli oleh suspek di Pendang, Kedah untuk dijual kepada pembeli yang membuat pesanan di Temerloh, Pahang.

Jelasnya suspek telah membeli satu bungkusan yang mengandungi satu kilogram daun ketum dengan harga RM10 dan kemudian akan menjual semula kepada pelanggan dengan harga RM17.

Siasatan itu juga mendapati suspek pernah beberapa kali melakukan penghantaran ke kawasan pantai timur sebelum ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, sekiranya disabit kesalahan, hukuman penjara maksimum selama empat tahun atau denda tidak 2 melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast