Datuk Onn Hatiz Ghazi selaku Menteri Besar yang membentangkan Belanjawan Johor 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor hari ini membentangkan belanjawan lebihan RM2.44 juta, selepas dua tahun berturut-turut merekodkan belanjawan defisit pada 2021 dan 2022.

Datuk Onn Hatiz Ghazi selaku Menteri Besar yang membentangkan Belanjawan Johor 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memberitahu, kali terakhir Johor merekodkan belanjawan lebihan adalah pada 2020 yang menyaksikan lebihan sebanyak RM2.36 juta untuk tahun ke-10 berturut-turut.

Kali ini belanjawan diunjurkan Johor mengutip hasil dianggarkan sebanyak RM1.734 bilion manakala perbelanjaan pula dianggarkan berjumlah RM1.731 bilion.

Belanjawan Johor 2023 kali ini bertemakan ‘Maju Johor,  Makmur Bersama Rakyat’ itu membabitkan sejumlah RM69.51 perbelanjaan tanggungan dan bakinya, RM1.662 bilion adalah perbelanjaan bekalan.

“Pada tahun depan,  hasil Johor dianggarkan sebanyak RM1.734 bilion dengan perbelanjaan pula adalah sebanyak RM1.731 bilion. Oleh itu,  terdapat lebihan sebanyak RM2.44 juta.

“Sejumlah RM1.126 bilion diperuntukkan bagi tujuan belanja mengurus membabitkan emolumen sebanyak RM 559.54 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM316.73 juta), aset (RM 27.86 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM 209.37 juta) dan perbelanjaan lain (RM 13.24 juta).

“Anggaran hasil Johor bagi 2023 meningkat sebanyak 3.75 peratus, dibandingkan dengan anggaran hasil 2022, manakala perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama dijangka menurun sebanyak 11.56 peratus.

“Prestasi anggaran pungutan hasil bagi 2023 turut meningkat 66 juta berikutan hasil Johor pada 2022 hanya merekodkan pungutan sebanyak RM1.671 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023,di Bangunan Sultan Ismail  hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, ekonomi Johor kini kembali rancak dalam era pasca pemulihan COVID-19.

Katanya, walau dihimpit oleh ketidaktentuan ekonomi, Johor terus menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan.

“Saya berpandangan kerancakan kemajuan ekonomi Johor ini disumbangkan oleh empatfaktor utama, pertamanya adalah kedudukan politik Johor yang stabil.

“Keduanya, kerana Johor mesra pelabur yang dan ini bagi memastikan Johor kekal menjadi destinasi utama pilihan pelabur selain pembukaan semula sempadan antara Johor – Singapura mulai 1 April lalu.

“Penambahbaikan sistem penyampaian awam dan pembangunan modal insan turut menjadi faktor ekonomi Johor semakin rancak,” katanya.

Kerajaan negeri, jelas Onn, akan berwaspada dan meneruskan langkah berjimat cermat supaya perbelanjaan berhemah dipraktikkan dengan mengurangkan peruntukan bagi aktiviti tidak produktif untuk mengelakan pembaziran.

Tumpuan perbelanjaan adalah lebih kepada projek pembangunan yang akan memberi kesan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast